Seperti yang anda semua sedia maklum, 'daily driver' saya kini adalah Linux Mint 15 Cinnamon yang dipasang secara dual-boot dengan Windows 8.
Linut Mint 15 adalah satu-satunya distro yang benar-benar serasi dengan laptop yang sedang saya gunakan. Jika tidak kerana kesibukan dan kesuntukan masa, sudah pasti Manjaro atau Arch Linux yang akan saya pasangkan. Namun cubaan saya beralih kepada Linux Mint 15 kali ini dianggap berbaloi. Kerana apa? Lihat saja rekod pemasangan saya di bawah:
Linut Mint 15 adalah satu-satunya distro yang benar-benar serasi dengan laptop yang sedang saya gunakan. Jika tidak kerana kesibukan dan kesuntukan masa, sudah pasti Manjaro atau Arch Linux yang akan saya pasangkan. Namun cubaan saya beralih kepada Linux Mint 15 kali ini dianggap berbaloi. Kerana apa? Lihat saja rekod pemasangan saya di bawah:
Serius, ini adalah rekod pemasangan sistem operasi yang terbaik pernah saya buat! Masak Maggi kari pun belum tentu selesai dalam tempoh 2 minit bila kita perlu masukkan telur, tunggu telur tu masak pula. Masuk sayur lagi, perencah tambahan. Mau lebih dari 5 minit jugak tu. Ehhh.. melalut apa ni..

Baik, selesai saja siap pemasangan, reboot, dan boot ke desktop, anda akan disambut dengan Welcome Screen seperti ini:
Jadi bila ditenung lama-lama, kerana Linux Mint ini sejenis distro yang berfungsi diluar-kotak, saya terfikir apa lagi yang boleh kita buat sebagai 'lauk tambah' kepada Linux Mint ini supaya ia mampu berfungsi dengan lebih baik.
Oleh itu perkara pertama yang saya lakukan ialah menukar mirror kepada yang terpantas:
cd DownloadsKemudian terus pasangkan Google Chrome:
sudo dpkg -i google-chrome*
Semudah Alif Ba Ta. Pejam mata boleh setel la. Ehh.. berpantun pula. Apa lagi? Hmm.. ok, kita kemas-kini pula sistem operasi ini sama ada dengan cara membuka Update Manager atau melalui Terminal:
sudo apt-get update && sudo apt-get upgradeHabis kemas-kini, pasang pula Ubuntu Tweak:
sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa
sudo apt-get update && sudo apt-get install ubuntu-tweakKerja dah mudah, nak mudah lagi? Boleh! Pasangkan pula Y PPA Manager:
sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/y-ppa-manager
sudo apt-get update
sudo apt-get install y-ppa-managerUntuk pengakhiran, disebabkan saya tidak beberapa sukakan pemain video defaut Linux Mint, maka saya pasangkan SMPlayer sebagai pengganti:
sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer
sudo apt-get update
sudo apt-get install smplayer smtube smplayer-themes
Mahukan Linux Mint 15 tampil lebih menarik? Pasangkan tema, ikon dan cursor yang menarik mengikut apa yang anda suka. Untuk ini anda boleh layari laman Noobslab, dan setelah selesai anda memasang tema serta ikon yang anda gemari, anda boleh ubah tema asal kepada tema tersebut menggunakan Ubuntu Tweak. Selesaiii...
Saya seperti biasa, tema Mac OS menjadi kegemaran:
Selamat bersuka-ria dengan Linux Mint 15! Yeahhh!
Terimakasih telah membaca artikel Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Linux Mint 15. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://irfankikuk.blogspot.com/2014/06/perkara-perlu-dilakukan-selepas.html. Jika ingin copy paste artikel ini, jangan lupa untuk mencantumkan link sumber.
0 komentar: